Anime
Anime bahasa
Jepang アニメ merupakan animasi yang berasal dari Jepamg.
Anime bagaikan gambar manga
(komik Jepang) yang bergerak.
Cara menyebut perkataan
anime
Perkataan Anime dijadikan
melalui perkataan inggeris animation. Pada tahun 1960-an,
orang jepang membacakan animation sebagai a-ni-me-syun.
Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepang untuk membuang "syun" dari
perkataan pinjaman bahasa inggeris (contoh: Television menjadi Terebisyun dan
dipendekkan ke Terebi sahaja), maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari
sinilah, perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini di
Jepun dan seluruh dunia.
Sejarah
Sejarah anime bermulanya seawal
tahun 1907. Namun, pada masa itu animasi di Jepang hanyalah terhad kepada
beberapa orang, kerana masa itu animasi tidak sepopular sekarang.
Generasi pertama anime
Pada tahun 1910-1920an, animator
untuk anime termasuk Shimokawa Oten, Kouchi Jun'ichi, Kitayama Seitaro.
Tidak banyak pembuatan dari generasi
ini yang masih terdapat di dunia sehingga kini. Kebanyakannya telah dihapuskan,
hilang, dilesen oleh pihak pawagam atau lain-lain.
Generasi kedua anime
Murato Yosuji, Kimura Hakuzan,
Yamamoto Sanae and Ofuji Noboro merupakan anak murid kepda Kitayama Seitaro dan telah banyak
berkerja di studio beliau. Masaoka Kenzo, seorang lagi animator,
memulakan studio yang lebih kecil. Pada tahun 1923, gempa bumi
besar Kanto (Great Kantō earthquake) telah memusnahkan studio milik
Kitayama dan animator yang terselamat telah memulakan studio animasi
mereka sendiri.
Juga pada masa itu, undang-undang
untuk melindungi remaja diperkenalkan, dan ini telah mengakibatkan pelbagai
animasi yang awal ditapis untuk disesuaikan dengan tontonan remaja/kanak-kanak
yang di bawah umur 15 tahun.
Pada tahun 1918, sebuah anime yang
dipanggil Momotaro (Peach Boy) telah dibuat dengan menggunakan kisah
tempatan Jepun. Terdapat juga banyak siri-siri wayang yang dikisahkan
menggunakan anime tersebut pada tahun 1920an, 1930an dan 1940an. Pada Perang
Dunia Kedua, Anime bermasa pendek yang pertama telah dilahirkan dan diberi
nama: Divine Sea Warriors (1945). Oleh kerana peperangan yang berlaku tidak
berhenti-henti di Jepun
pada masa itu, animasi tidak lagi dibuat dalam skala yang besar, sehinggalah Toei
Animation dilahirkan.
Bermulanya populariti
anime di seluruh dunia
Selain daripada Toei
Animation yang telah membuat debut pada tahun 1956, sebuah lagi syarikat
anime yang besar dilahirkan pada masa tersebut: Mushi Productions. Syarikat
tersebut dimulakan oleh Osamu Tezuka, yang juga merupakan orang yang membuat
anime pertama yang mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan seluruh dunia, Astro Boy
(Tetsuwan Atomu). Tetapi, akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi, Mushi Productions jatuh bankrup,
dan animator dalam syarikat ini pula mula mendirikan syarikat anime sendiri,
seperti Sunrise
dan MadHouse Production.
Anime seperti Akira (1988) dan Wings of Honneamise (1987) tidak
begitu laris di Jepun, tetapi mendapat sambutan yang hangat di Amerika
Syarikat. Keluaran Studio Ghibli, seperti Kiki's Delivery Service (1989), karya Hayao Miyazaki pada masa itu, menjadi
salah satu kemestian para peminat anime. Contoh karya Hayao Miyazaki yang
paling mendapat sambutan ialah filem anime Spirited Away. Anime ini pernah
memenangi anugerah Best Animated Feature di Academy
Award. Anime Spirited Away juga pernah ditayangkan di Malaysia pada 2002
Genre
Anime mempunyai pelbagai genre:
- Bishoujo
- Bishonen
- Ecchi
- Hentai
- Josei
- Kodomo
- Mecha
- Moe
- Progressive
- Seinen
- Sentai/Super Sentai
- Shojo
- Moho-Shojo
- Shojo-ai
- Shonen
- Shonen-ai
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Thanks for your comment(*^o^)乂(^-^*)